Thursday, February 18, 2010

Tips Menjadi Isteri Yg Baik


TIPS MENJADI ISTERI YG BAIK (saye pon kene amalkan bnda ni..)
  1. Hormati Suami : Suami adelah ketua keluarga,maka hormatilah dia,dan syurga seorang isteri itu dibawah telapak kaki suami.. :)
  2. Prihatin Pada Perasaan : Jika anda melihat wajah suami anda agak sedih @ moody pada haritu cubalah buat dia tersenyum,dan jika anda juga sering dihantui perasaan negatif jgn biarkan ianya berlarutan,positifkan minda anda agar anda dan pasangan boleh bergumbira sentiasa..
  3. JAGA TUBUH BADAN : Jangan bg alasan anda lupa menjaga penampilan kerna terlalu sibuk dgn kerjaya @ sibuk menguruskan rumah tangga.. Suami mane yg ade selera jika tgk si isteri dgn rambut tak sikat,muke berminyak2,dll.. Touch up sikit2 pastu wangi2 sikit,awas jgn mekap lebih2 nnt suami kate kite buang tebiat pulak kan..?
  4. Sentiasa berkomunikasi : Mungkin anda dan suami jenis yg jarang bertemu apetah lg utk kalian berkomunikasi,boraklah jika anda berdua berpeluang,cuba ckp apa yg anda suka dan anda tak suka,jgn takut utk meluahkan sesuatu,kerana petua utk melancarkan sesebuah perhubungan.. Tapi jangan MEMBEBEL pulak ye,sbb suami tak suke dgr leteran isteri..
  5. Jangan Tolak Permintaan Seks : Huhuhu..jgn tolak permintaan seks suami anda berdosa taw,layanilah kehendak batinnya paling kurang sekali dlm seminggu (klau malas sgt laa,klau anda rajin lg bagus sbb anda isteri yg HOT),layan kan je kerana itu adelah sebahagian drpd kepeluan seorang lelaki,jeng3.. Klau boleh belajar teknik2 terbaru agar tak bosan dan biarkan suami anda meleleh air liur tatkala anda bersama..
  6. Jadi Teman Berbual : Fuhh..kadang2 ade juge suami isteri yg malas nak layan pasangan masing2 berbual..Common laa..bile laki korang borak pasal kereta korang boleh je dgr & layan..tapi bile si isteri baru nk mulekan cerita "syg..jam tgn kat dlm majalah tu cantik laa" anda dah angkat bontot..? Jgn itu mcm woo..mebi isteri anda nk mulekan perbualan,klau rase nak ubah topik tukar laa dgn cara baik,jgn terus blah.. Borak laa atleast 15minit sehari utk tahu perkembangan anak2 or pape je,respect each other k..?
  7. Menilai Diri : Setiap kali anda melakukan sesuatu maka berikan penilaiannya,nilai juga layanan & sikap anda terhadap suami. Jujurlah pd diri sendiri,perbaik diri jika anda rase ade kelemahan..
  8. Menjaga Amanah Suami : Amanah bukan saja harta benda milik suami,tp yg lebih utama ialah menjaga anak hasil zuriat anda bersamanye (anak itu amanah Allah) urus anak sebaik mungkin,suami mane yg tak bangge dan bahagia memiliki isteri yg pandai uruskan dan mendidik anak yg bersopan dan baik tingkah laku nye..
  9. Belajar Menghargai : Suami perlu dihargai terutama atas penat lelah dirinya mencari rezki & menyara keluarga. Caranya? Mudah je,berikan layanan yg terbaik,mengingati hari2 penting dlm hidupnye(wlaupon kdg2 kaum adam ni mmg jarang nak ingat tarikh2 spesel ni..),memberikan hadiah atau kejutan,atau paling mudah dgn mengungkapkan or meluahkan kata2 pujian(pastikan u all ikhlas yer..) dan ucapkan terima kasih atas segale yg dilakukannye utk membahagiakan anda..
  10. PATUH PADA AGAMA : Walau seribu tips utk menjadi isteri yg baik tidak akan berguna jika seorang isteri tu tidak berpegang pd agama. Jauhilah segala larangan dan patuhilah pd perintah Allah swt,insyallah anda terdorong drpd golongan isteri2 yg solehah..

1 comment: